Saturday, February 28, 2009

Untuk Tahun Ini

Tahun lama sudah berlalu,
Tahun duka penuh peristiwa,
Kini datang tahun baru,
Semoga penuh gembira dan tawa.

Kerana sayang seribu sayang,
Ibunda abah selalu bertanya,
Mana perginya cucu seorang,
Ibunda abah selalu berduka.

Abah tertawa penuh senang,
Aiya pasti dengan ibunya,
Abah yakin Aiya girang,
Seperti abah dengan ibunda.

Bila datang tahun baru,
Biar penuh suka dan tawa.

Bila kekanda ibunda pergi,
Bertemu Tuhan dia disemadi,
Tahun lalu sewaktu haji,
Ibunda abah bersedih lagi.

Abah tersenyum cuba bertenang,
Kerana perginya penuh mulia,
Abah berdoa akhiratnya senang,
Semoga kita semua begitu juga.

Pesan abah untuk semua,
Biarlah duka ditahun lama,
Biarkan tahun baru penuh gembira,
Tahun ini hanya untuk bahagia.

Untuk anakku yang hilang dimata,
Semoga disyurga kita bersama.

2 comments:

AMZ PHOTOGRAPHY said...

Semoga Tahun Ini akan beroleh lebih byk kebahagiaan..terubat segala kesakitan.. amin.

Leman said...

amin bro.