Saturday, February 28, 2009

rumah baru nenek

Salam aiya aiyang abba,

Moga-moga aiya sihat sejahtera hendaknya. Abah ok.. InsyaAllah, abah sentiasa doa untuk kita berdua. semalam abah doa. waktu solat jumaat abah doa.. semalam abah ada qiamullail.. doa untuk aiya juga.. dan atuk dan nenek.

Minggu lepas, kami masuk rumah nenek yang baru di kingfisher. nenek dan atuk share2 duit beli ruamh di sabah untuk keluarga kita. abah kemungkinan akan pindah join juga, tapi insyaAllah nanti abah kasi aiya alamat lengkap. supaya aiya boleh cari abah :-) anytime. Rumah nenek best. dua tingkat, 4 bilik. kami semua gembira.

Masa yang sama juga uncle nawa tunang.. :) Alhamdulillah.. insyaAllah, bila uncle kawin nanti dia akan ada anak.. nanti aiya ada kawan. tunang uncle nawa buat malam di kampung warisan. uncle nawa happy.. abah mungkin overdress.. jadi abah rasa serba salah.. abah kasin uncle pakai samping abah, uncle tern pakai songkok abah.. jadi abah nampak biasa je.

aunty nonim buatkan hantaran.. dia juga buat hantaran abah untuk mama dulu.. cantik dan comel.. nanti aiya belajar dari aunty nonim te.. dia pandai. aunty siti pun ada tolong2 buat semua. nenek siap buat catering dari rumah lagi.. jadi macam hari raya untuk keluarga kita.. malam tu, kami mesyuarat kelurga di coffee bean.. plan nak buat tabung keluarga lagi yang dah tertangguh sekian lama.. tapi, tabung aiya abah jaga.. untuk aiya sekolah nanti :)

boss abah beritahu abah akan kena transfer pergi office sembulan. dekat sikit dengan rumah nenek belah mama. kalau aiya dah balik sembulan, bolehlah abah datang melawat sekali sekala. Bukan juga promotion, tapi abah faham mereka perlukan orang pengalaman untuk jaga di situ kerana ia jaga satu operasi sabah.

Kita doa sayang,

"Ya Allah, Kau berilah ganjaran kepadaku dan anakku Nur Insyirah, di atas segala musibah yang telah dan sedang melanda kami." amin.

Love you sayang. Abah tunggu sini.

No comments: