Friday, January 2, 2009

2009 - Year 2

Salam aiya ayang abbah,

Abbah tengah di airport untuk ke Sandakan.. Perlu buat beberapa hiking dan traveling untuk update webpage abah. memang dah plan lama and this time around, alhamdulillah ada ruang dan peluang.

Atuk baru balik ke Johor balik. Atuk lawat abah dengan hantar nenek balik KK. Kami spend time sama2 tahun baru dengan atuk, nenek dan uncle nawa and uncle tern. Uncle tern buat persembahan di konsert tahun baru DBKK. Uncle awan buat BBQ dengan kawan dia.

Cuti tahu baru ni, atuk aiya nama Atuk Joe dah balik dari Mekah. Aiya ada nenek saudara nama aunty nanik. Nenek saudara aiya meninggal di Mekah sewaktu proses mengerjakan haji. Semoga Allah terima kita2 juga, sebagaimana bertuahnya aunty nanik.

Bateri laptop abah dah nak habis.. InsyaAllah, abah akan tulis untuk aiya lagi. Kita doa ya sayang..

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Jabbar ya Aziz,
Berilah aiya dan abah kekuatan untuk menempuh tahun baru ini.
Berilah kami kejayaan yang lebih baik daripada tahun sebelum ini.
Kurniakanlah kami ketenangan dan kebahagian sepanjang tahun baru ini.
Kepada Engkaulah kami berserah dan meminta pertolongan.


Ya Allah, Ya Rahmaan Ya Rahiim Ya mujibassaa'ilin,
Limpahkanlah rahmat dah kasih sayangmu kepada aiya dan abah,
Dimana juga kami berada
Apa jua yang kami lakukan
Janganlah Engkau letakkan nasib kami di dalam tangan kami
Kerana tidak kami tahu apa yang akan mendatang
Di hari2 kemudian

Ya Alim Ya Allah,
Berikanlah kami pengetahuan dan pemahaman
Selama kami di dunia ini
Agar kami dapat mengenali Mu
Agar kami dapat mengenali diri kami
Agar kami dapat fahami cara hidup Islam
Agar kami mampu menjalani hidup seorang muslim
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Sepanjang perjalanan ini.

Ya Allah,
Pertemukanlah kami di dunia ini
Pertemukanlah kami di syurga nanti
Ampuni dan rahmati kami
Hamba Mu
Umat Nabi mu
Selawat dan salam kepada Muhammad SAW

Segala puji bagimu Allah.
Tuhan rabbul 'alamin.

Amin

Love you so much sayang.. nanti abah letak gambar2 aiya di sini ya..

No comments: