Aiya sayang, know that I love you for Allah.
Tidakkan patah kelapa digoyang,
Takkan jerami jumpa dihutan,
Tidakkan marah tanpa disayang,
Takkan berani tanpa ketakutan.
Barang lama usah dibuang,
Esok kan cari mana sepadan,
Orang lama usah dikenang,
Esok kan jadi kisah tauladan.
Pergi Tempasuk hingga kepetang,
Bawa serai diikat lapan.
Hari esok bila kan datang,
Moga tercapai hasrat harapan.
Kerana sedu pada yang hilang,
Beribu tahun tumbuh meranti,
Kerana rindu pada yang sayang,
Beribu tahun abahkan nanti.
Kalau hidup panjang dikurnia,
Semoga aiya sihatnya lama,
Kalau bukan nasib di dunia,
Semoga disyurga kita bersama.
No comments:
Post a Comment