salam anakku sayang,
Semoga aiya sihat dan ok dengan mama. Abah baru lepas makan dengan kawan dan abah harap aiya juga kenyang dan sihat di sana. Bulan-bulan abah dapat tengok statement bank mama duit yang abah beri dulu Alhamdulillah, mama masih jaga dengan ok, walaupun dah banyak belanja. Takpalah. InsyaAllah semuanya oklah nanti.
Semalam abah jumpa ramai kawan2 baru di program kempen kebersihan daripada jabatan alam sekitar. Abah tolong boss abah buat pameran di sana. abah ingat mama datang, tapi mama takda. Mungkin mama ada kerja di tempat lain. Kalau jumpa pun abah tak tau nak cakap apa, mungkin tanya tentang aiya saja.
Abah jogging pagi tadi sebelum pergi kerja. Ada dua ekor anjing comel main-main dengan abah. mama dulu ajar abah kalau nak panggil anjing panggil "kopi-kopi".. anjing-anjing tu makin suka main dengan abah. habis tangan abah kena jilat. hehe.. lepas tu, abah samak sahaja di tasik tempat abah jogging.
Esok atuk joe akan buat kawin di kk. abah insyaAllah akan join atuk joe untuk program ni. Tapi abah dengar macam dah ramai orang, jadi abah takut tak dapat seat jer. cuma tak kesahlah kerana yang penting atuk jo gembira dengan aunty yang baru ni.
Gambar di atas tu di ambil waktu abah lawat aiya tahun lepas. Mungkin aiya tengah lapar jadi aiya hisap jari abah. Abah sedih sebab masuk bulan ogos ni dah betul-betul satu tahun abah tak nampak aiya. tapi takpalah, nama aiya buat abah sabar kerana insyaAllah, janji Allah selepas setiap kesusahan itu ada kesenangan.
Do know that I love no matter what.
Abah
No comments:
Post a Comment