Salam aiya ayang abah..
Nenek tidak berapa sihat. Sekarang nenek di hospital di KL dan sudah masuk hari ke 4 kena masuk hospital.. abah risau juga.. tapi insyaALlah aunty nonim dengan aunty siti jaga nenek.. uncle poodle dan uncle tern pun ada jaga nenek.. abah akan tengok nenek jumaat ini. nenek dulu sentiasa jaga abah kalau abah tak sihat.. ada sekali tu, nenek tidur dalam wad abah. nenek amat penyayang orangnya.
Abah ada beritahu mama abah nak jumpa aiya.. sekarang mama dah kerja di jabatan alam sekitar di sabah.. abah pun ramai kawan2 di sana.. boss di sana kawan nenek juga.. insyaAllah abah tak risau lagi pasal aiya kerana mama dah kerja.. baguslah. buat masa ni, mama tak beri abah jumpa aiya kerana mama kata abah tak beri duit untuk aiya.. tapi, takpalah.. abah tetap ada tabung untuk aiya.. walaupun tak dapat jumpa, abah tetap simpan duit untuk aiya. Abah cakap dengan mama, abah boleh ganti semua duit dia besarkan aiya.. tapi, apakah dia boleh ganti masa yang abah hilang selama ni, tak dapat jumpa dengan aiya.. Abah kata takpalah.. nanti di akhirat saja abah tagi.
Abah dah start full time di tempat baru.. jumpa juga kawan2 sekolah lama yang kerja di bangunan yang sama.. ramai yang ucap tahniah atas kenaikan pangkat abah... tapi abah biasa2 aja lah. Alhamdulillah, management juga sudah setuju untuk beri abah performance bonus untuk financial year yang baru-baru ini.. Alhamdulillah, nanti abah simpankan juga sebahagian untuk aiya, anak abah yang abah sayang.
Abah juga ada jumpa kawan yang baik dengan abah.. insyaAllah, kalau ada ketentuan, abah akan cuba selamatkan kembali separuh daripada agama abah. insyaAllah, kalau ada rezeki. Kalau tak ada, insyaAllah abah cuba lagi.. banyak kawan2 abah yang baik dan satu amsa nanti, insyaAllah abah akan kenalkan semuanya pada aiya.
Ya Allah, kau berilah ganjaran kepadaku dan anakku insyirah, atas segala musibah yang sedang melanda kami. Ya Allah, ampunilah aku, kerana kami tidak mampu memaafkan orang2 yang merampas separuh daripada agama aku, dan mengambil insyirah daripadaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Man, semoga datin (your mom) cepat sembuh. Sampaikan salam aku kepada dia. Aku kat sini ok aje. :)
All the best.
thanks. hope you're happy there with the rain and all.
Post a Comment