Assalamualaikum aiya sayang, sayang abbah sayang aiyya..
Abbah sayang aiyya.. Abbah tunggu Aiyya sini.. abah makin kuat doa, dan solat dan abbah dah start pergi usrah dengan shbat2 iman. InsyaAllah, moga Allah makbulkan doa abbah dan aiya balik dengan abbah.
Abbah ingat aiyya hari2.. tetap ingat hari2.. pagi ni abbah try hantar message ke TV3 untuk aiya.. tapi rasanya tak keluar.. Abbah sibuk kerja sebab abbah dah jaga dua terminal sekarang.. terminal gas dan minyak kapal terbang. Hari2 abah cerita dengan kawan2 tentang aiya.. aiya omel. :-)
Mesti Aiya dah besar sekarang. Kawan mama cakap aiya dan boleh jalan dan cakap. Comel. Kawan mama ada hantar gambar. Kawan mama kata aiya dan mama nak pergi jauh. Abah sedih, tapi abah doa aiya ok. Tadi, boss abah cakap, insyaAllah, kebaikan dan keburukan, Allah akan balas di dunia. Abah harap abah tak banyak buat dosa.
Abah baru balik training ESQ. Subhanallah, kecilnya kita sayang di sisi Allah, cakerawala ni amat besar. Mungkin jika Allah takdirkan umur abah panjang, semoga Abah boleh tunjuk pada aiya, betapa kerdil dan hinanya kita hamba2 Allah ini. Abah insaf.
Sekarang hujan, dan sekarang dalam 10 hari terbaik Zulhijjah. Abah dah arrange untuk akikah aiya sekali dengan korban di pejabat abah. Alhamdulillah, nanti aiya dah siap akikah. Ini doa abah untuk abah dan aiya, kita dua..
Bismillahirrahmanirrahim, ya Allah, ya rahman, ya Rahim, ya mujibassailin.
Engkaulah yang mencipta ya Allah dan Engkaulah yang mematikan. Ciptakanlah hidup yang gembira, bahagia, dan sejahtera untuk anakku nur insyirah dan aku. Ciptakanlah dunia yang tiada derita dan tiada dua nestapa untuk anakku dan aku. Matikanlah kami dalam iman dan kesyukuran kepadaMu. Jangan matikan kami, ya Allah, dalam kekufuran dan kekafiran terhadapmu. Kamilah hambaMu yang kerdil lagi hina.
Engkaulah yang Maha Pengasih ya Allah, dan Engkaulah yang Maha Penyayang. Penuhilah hidup kami di dunia ini dan di akhirat nanti dengan kasih sayang dan nikmat cinta. Siramilah hati2 kami, dengan ketenangan dan sifat2 mahmudah. Jauhilah hati2 kami dari segala kemungkaran dan sifat2 mazmumah.
ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, kami bersyukur kepadaMu ya Allah atas nikmat kurnia memiliki seorang anak dan seorang bapa. Maka ya Allah pertemukanlah kami di dunia Mu ini sebelum kami pergi kembali kepadaMu. Maka ya Allah, kami merayu, pertemukanlah kami di syurga abadi di akhirat nanti. Kami tak layak untuk syurgamu, tapi kami tak sanggup azab nerakaMu.
Amin.
Selamat hari jadi yang pertama, anakku sayang, pada 12/12/2008. Semoga setiap harimu, dipenuhi kasih sayang, kebahagiaan, dan rahmat Allah. Inilah doa bapa kandungmu, pada malam 7 Zulhijjah ini, kepada Allah, untuk anakku yang kucintai dan ku sayangi, kerana Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment