Sunday, November 2, 2008

Abah Tunggu Sayang

Sayang aiya, moga-moga aiya sihat. Abah tunggu aiya sini. Abah ada di KL dan dah sms mama, tapi mama masih tak nak kasi abah jumpa aiya.. takpalah.. dah masuk tiga bulan abah tak jumpa aiya. setiap kali abah jaga nenek di hospital, nenek tanya aiya mana? abah cakap, aiya dengan ibu dialah.. macam anak kucing, dengan mama kucinglah :-)

Abah tunggu sayang.. abah ada baca blog kawan abah yang lama.. rupa-rupanya abah ada tulis2 sebelum abah balik dari US dulu.. comel juga bila baca balik.. abah tulis di sini supaya satu hari nanti aiya boleh baca dan kenal abah..

Saturday, August 02, 2003

assalamualaikum wbt,

Sudah berjalan berhari hari. bermalam sendirian, dengan gelap hutan, sejuk malam, bunyi-bunyian. Yang ada hanya zikir ingat Tuhan. Sudah jauh dipedalaman, tiada insan di kiri kanan.

dalam khemah kecil ini, berbaring seorang diri. mendengar Hereafter the CD. Bila seorang diri sebegini, banyak lagi ingat mati. dan dunia ni, bukan tempat berhenti.

Bila fajar datang, sembahyang subuh sorang sorang. rasa sejuk sampai ke tulang. badan menggigil, tapi hati tenang. berzikir
bersama pepohon, batuan berbalam. dan apabila matahari datang, khemah digulung untuk pulang.

sudah 7 malam di hutan ini. jalan dah jauh ditempuh dengan beban berat tak terperi. tapi, bila teringat, dah nak sampai ke destinasi, aku terpaku, sedih sendiri. mata bergenang teringat ilahi. kerana jalan yang jauh ditempuhi, dengan beban berat tidak terperi. lambat laun, pasti sampai ke destinasi. seperti kehidupan ini, yang satu masa akan sampai mati.

bila esok datang, ke Malaysia akan ku pulang. minta maaf kepada semua brothers and sisters tersayang. semoga Allah terima segala amalan, supaya dunia akhirat hidup senang.

teman mencari kasih Allah,
sahabat islam fissabilillah.

Lokman Mohd Noh

2 comments:

Young Living essential oils Keramat said...
This comment has been removed by the author.
Young Living essential oils Keramat said...

Assalamualaikum...
Saya doakan saudara tabah dan sabar menghadapi dugaan ALLAH SWT. Kuatkan hati dan sentiasa berdoa...
Semakin byk yg sy baca disini, menginsafkan sy betapa siksanya hati dan perasaan tatkala berpisah dgn org tersayang..membuatkan sy lebih menyayangi suami ..dan insyaAllah...bakal anak-anak kami...

terima kasih atas blog yg cukup berkesan di hati ini...

saya doakan saudara akan dpt bertemu dgn anak saudara, dan insyaAllah...moga bekas isteri saudara...masih ada cinta dan kasih syg pd saudara...

amin...Ya Allah....semoga kasih syg mereka bertaut kembali...
kuatkan semangat!!

sebakla baca blog ni...nangis :(