Assalamualaikum sayang abah,
Aiya sihat aiya? Mama jaga aiya baik2? Aiya tengah buat apa tu? Abah sayang aiya te.. Alhamdulillah, aiya dapat sambut hari raya tahun ni walaupun mungkin abah tak dapat sama-sama dengan aiya. Abah tak tau aiya ada di mana. Dua hari lepas, abah ada beritahu mama, abah free di KL dan nak jumpa aiya, tapi mama reply sms kata tak boleh. It's ok.. InsyaAllah, abah yakin aiya juga happy raya kali pertama untuk aiya, comel...
Hari raya abah dengan nenek dan atuk ok juga. Kami banyak kemas rumah baru atuk di Kajang. Besar rumah atuk aiya belum pernah sampai.. nanti kalau abah dah boleh jumpa aiya dan bawak aiya jalan2, abah bawak pergi rumah atuk k.. Lama juga kemas rumah sebab banyak barang2 atuk dari kk semua dah balik ke kajang. Walaupun penat mengemas, kami gembira sebab semua orang ada.. nonim, sita, nawa, poodle, meor, tern, semua uncle2 dan aunty2 ada. macam-macam aktiviti kami buat sama2.
Hari sebelum raya, kami semua lawat kubur arwah antuy aiya, yan. aunty dulu kawan baik mama, walaupun mama sms macam2 tentang aunty sampai atuk sedih. takpalah sayang, mungkin mama terlampau sedih waktu tu. lepas lawat kubur arwah, kami lawat kubur arwah nenek abah (moyang aiya) dan juga uncle dam. Kami buka puasa ramai2 malam tu, meriah betul.. abah jaga bahagian air.
Hari raya pertama, atuk buat open house untuk ahli keluarga. semua orang sebelah nenek ada kecuali uncle asanu. Banyaknya baby2 kecil2 macam aiya omel. kak ida ada baby, mekna ada baby, fazrin ada baby, pokjak pun ada baby.. ada 4 baby kecil. banyak pengubat rindu abah pada aiya.. alhamdulillah. sungguh meriah dan abah bagi semua budak2 kecil duit raya tahun ni.. mereka semuanya happy. kemudian uncle reza datang dengan family dia dan kawan2 aunty siti pun datang.
Hari raya kedua, kami semua mula bergerak ke johor pagi tu dan sempat singgah di kubur arwah mak kepada abg meor. start raya di rumah aunty ani, lepas tu wak serun, lepas tu wak mud, lepas tu wak ali, and ada dua tiga wak lagi. kemudian, kami turun ke johor dan tinggal di sana untuk malam tersebut. abah pergi plaza pelangi sebab mama suka pergi situ dulu2 untuk cari dvd. teringat-ingat mama sebab abah sayang kamu berdua. abah belikan nasi lemak ayam goreng di sana untuk semua.
Hari raya ketiga, kami semua beraya di open house menteri atuk. meriah juga, tapi pagi tu agak kelam kabut sikit sebab kunci kereta tak jumpa. Alhamdulillah, semuanya ok juga bila uncle midi berjaya jumpa. lepas tu, pergi rumah kawan uncle midi dan solat jumaat. kemudian, bersiap-siap untuk nenek dialisis di johor. petang tu, abah balik ke kl naik bas dari larkin sampai jam 10 malam.
Hari raya keempat, abah ada di kl dengan uncle zul. kami jalan2 di kl dari pagi sampai malam pergi kedai2 buku sebab abah suka baca buku. kami pergi kinokuniya, borders dan juga ada satu lagi abah lupa kat bukit bintang. kami balik malam dan sempat singgah di pj untuk beli beberapa cd komputer untuk abah. next day, abah balik kk dan berehat whole day sambil install computer game baru yang abah beli. Hari ni, abah dah start kerja tapi atuk nenek masih di kajang berehat2.
Ada juga satu ketika tu, abah sedih ingat aiya sebab abah sayang aiya. tapi, abah doa kepada Allah.. abah cakap, ya Allah, aku hanya mampu tahan sampai sini saja, sampai di sini saja. Janganlah ya Allah, Engkau berikan aku sesuatu yang aku tak mampu pikul. Alhamdulillah, lepas tu, abah jadi tenang balik.
Abah dah lama tak jumpa aiya. Mesti aiya dah ada gigi dan dah boleh berdiri sebab aiya kuat dan dah 10 bulan. :) Jaga diri ya sayang dan moga2 Allah memasukkan aiya dan abah dalam syurga, nanti kita boleh jumpa di sana.
love you, always.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment