Sunday, September 14, 2008

abah tunggu (27 hari tanpa aiya)

salam aiya,

abah tunggu aiya sini. dah genap sebulan abah tak dapat jumpa aiya pasal mama bawak lari aiya ke KL. tapi takpa, insyaAllah abah doa hari-hari agar dapat jumpa aiya. Abah doa agar aiya sihat bersama mama.

abah agak sibuk juga kerja di sini. insyaAllah, abah dah plan apa nak buat dalam masa 2 tahun ni. Ni termasuk juga berapa banyak duit yang abah akan simpan untuk aiya tiap-tiap bulan. alhamdulillah, rezeki aiya,abah lulus ujian kenaikan pangkat. InsyaAllah, gaji abah nak dalam 2 ribu starting bulan 10. Nanti abah belikan aiya baju dengan mainan banyak2 te.

Aiya tengok pingu selalu? Abah selalu ingat aiya kalau tengok pingu. Abah makin kuat semayang dan baca qur'an sebab abah doa dapat jumpa aiya balik. Aiya jangan nakal2 te.. Jangan buat mama susah. Abah akan cuba tulis kepada aiyatiap-tiap minggu, kalau boleh. Makan banyak2 te.. abah tinggalkan duit dengan mama banyak, cukup untuk aiya. Tiap-tiap bulan pun abah dah start saving untuk aiya.

Abah juga dah start tulis novel, cuba menceritakan apa yang berlaku. Tapi abah tak nak sedih-sedih, so abah masukkan lawak2 sikit dalam novel tu.

Ya Allah, peliharalah Nur Insyirah sepertimana engkau pelihara Nabi Yusuf apabila dia terpisah dengan bapanya Ayub, sebagaimana Nabi Ismail terpisah dengan bapanya Ibrahim. Jagalah anak ni ya Allah, kerana tiada lain untuk kami selain Engkau,dan hanya padaMu kami berserah.

Amin.

3 comments:

Anonymous said...

I am very positive that Allah swt will help you. May Allah swt gives you courage, patience and guidance to overcome His test inshaAllah.

Faiz said...

allahumma ameen. syahdu baca. 'alayhi tawakkalna.

Leman said...

Jazakumullah brothers.. aku pun syahdu menulis ni faiz.. :')