Friday, May 28, 2010

Long weekend

Pantun semasa.

Turun lembah tanah berpaya,
Telaga lama tembok berpahat,
Lama abah tak jumpa aiya,
Moga sentiasa gembira dan sihat.


Tangkap lebah dan kura kura,
Bunga merah tumbuh merata,
Keluarga abah di singapura,
Pergi ziarah saudara kita.

Tunduk rendah kaki terkehel,
Waktu petang lari kekiri,
Kawan abah kawin di KL,
Abah datang hadirkan diri.

Rubah kan terus menangkap muat,
Ayam serama digigit jari,
Abah kan terus bekerja kuat,
Ibadah dijaga setiap hari.

Bunga kemboja berdaun empat,
Baunya harum diwaktu pagi.
Semoga aiya membesar cepat,
Esok lusa berjumpa lagi.

Sayang aiya,
Abah.

No comments: