Abah ada sini dan tunggu aiya.. harap2 mungkin satu masa nanti boleh jumpa aiya. Minggu lepas dan minggu ni, abah agak banyak buat kerja-kerja di pejabat. Minggu lepas bos2 besar datang terminal abah dan Alhamdulillah, semuanya ok. Kami juga sibuk buat presentation tentang pencapaian tahunan kami. insyaAllah, boss abah cakap abah kerja ok... harap2 tahun ni dapat performance bonus lagi.
Nenek ada di sini. Abah ambil nenek dari airport semalam sebab nenek kena jaga exam di sini. Nenek tanya aiya ada jumpa abah ke? Abah cakap belum lagi.. Atuk mama ada terjumpa abah di masjid negeri dengan adik mama apiz nama dia.. abah pandang mereka dan abah teringat aiya. Abah doa, Ya Allah, aku tak mampu memaafkan mereka, maka maafkanlah kami ya Allah. Dah berbagai perkara mereka dah buat dengan abah.. abah masih ingat semuanya.. Tadi solat asar, abah ingat nak teruskan saman abah kepada mereka sekeluarga.. Tapi mahkamah dunia ni, ternyata tidak mampu untuk berlaku adil sebagaimana adilnya Allah. :-) Abah senyum dan abah doa agar Allah berikan mereka pembalasan yang setimpal.
Abah juga akan pindah tempat kerja bermula bulan depan. Nanti, kalau aiya cari abah, aiya cari di pejabat Sembulan te.. mama tau.. Abah juga akan masuk rumah nenek di Kingfisher soon. Abah kalau boleh nak simpan duit jer for the next few years ni.. Sekarang ini ekonomi dunia dalam keadaan yang amat teruk.. tapi insyaAllah, abah takkan hilang kerja kerana syarikat abah syarikat kerajaan yang besar. kita sama2 doa agar kita semua berjaya di dunia dan akhirat te.
Abah jogging macam biasa semalam.. 10 kilometer.. tapi, ada lagi yang lebih laju dari abah.. abah kena usaha lagi. abah juga ada angkat berat untuk kesihatan badan. Aiya juga jaga kesihatan te.. jangan demam2 te.. sekarang ni juga musim hujan.. abah kadang2 ingat mama suka hujan.. tapi takut petir.. omel. hehe, aiya kalau takut petir tidur dengan mama te..
Pantun untuk Aiya..
Daun kuini berserat dedalu,
Pohonnya rebah di dahan lama,
Setahun kini sudah berlalu,
Mama dan abah tidak bersama.
Papan rebah kerana leka,
Ikatkan pancang kuat talinya,
Pesan abah pada mereka,
Allah perancang sebaik baiknya.
Sungai Kedah panjang kurnia,
Tempat mengail tidakkan jemu,
Mungkin sudah suratan dunia,
Abah dan aiya tidak bertemu.
Biar susah nasib bercatu,
Moga sultannya adil saksama,
Biar berpisah beribu batu,
Moga akhirnya kita bersama.
Ya Allah, Kau berilah ganjaran kepadaku dan anakku Nur Insyirah di atas segala musibah yang melanda kami, amin. :-) Abah tunggu. Semoga akhirat kita bersama.
No comments:
Post a Comment