Saturday, February 14, 2009

Cerita Orang Tua-Tua

Salam sayang aiyang aiyya abbah..

semoga aiya sihat dan gembira. abah sihat dan baik2 saja. abah dah agak kurang fikir tentang kerja dan kisah-kisah sedih.. dah makin banyak fikir tentang kesihatan. abah selalu workout sekarang.. setiap hujung minggu abah jogging, lepas tu, abah ada angkat berat 3 kali seminggu.. abah nak maintain sihat.. abah dah ready nak pergi pulau ni, tapi mendung pulak tiba2.. abah tunggu2, sekarang dah jam 11.. mungkin dah tak best kalau pergi pulau lagi.

abah ada buat sajak untuk aiya dibawah.. abah dah buat lama dah.. tapi internet kat ofis abah tak boleh masuk.. so, abah kena tunggu hujung minggu baru boleh hantar sajak ni.. minggu depan abah pergi KL kejap ada kursus. lepas tu, abah akan join hari keluarga syarikat abah.. setahun dulu, abah ingat betul yang mama dah tak nak jumpa abah lepas dua minggu abah kena asing dengan aiya dan mama.. abah marah mama dalam telefon.. waktu tu, hari keluarga syarikat abah.. so, macam genap satu tahun jadinya.

Ni gambar aiya yang paling latest mama kasi kat abah melalui handphone kawan dia.. tak berapa jelas. lepas mama kasi gambar ni, mama sms minta kad insurance aiya.. mungkin dia nak beritahu abah aiya masih hidup.. sebab sebelum tu, mama ada sms abah kata aiya dah tiada lagi..

Kita doa ya aiya... Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepadaku dan anakku insyirah segala nikmat dan ganjaran diatas segala musibah yang telah dan sedang melanda kami. Pertemukanlah kami di dunia ini dan di syurga mu nanti ya Allah.

Abah tunggu sini, sayang..


Sajak untuk Aiya : Cerita Orang Tua-Tua

Bila kita dengar cerita,
Dari orang tua-tua,
Waktu kita masih muda,
Belum tentu kita tau maksudnya.

Cerita orang-orang lama,
Datang dari pengalaman,
Perasaan yang dirasakan,
Pengertian yang difikirkan,
Masa, tempat, yang cuba diingat,
Wajah, kata-kata, yang cuba dilupakan.

Cerita itu penuh sejarah,
Tentang masa dan tempat,
Tentang sifat dan tabiat,
Tentang budaya dan masyarakat,
Tentang sebab dan segala akibat.

Cerita itu penuh perasaan,
Rasa sedih, pilu tidak keruan,
Rasa gembira, penuh senyuman,
Rasa sayang, rindu-rinduan,
Rasa derita, perit berpanjangan.

Cerita itu ada pengertian,
Erti tentang masa dan kehidupan,
Erti tentang cinta dan kasih sayang,
Erti tentang usaha yang berpanjangan,
Erti tentang semuanya yang ada pengertian.

Bila kita dengar cerita,
Dari orang tua-tua,
Moga jadi pedoman, kisah tauladan,
Panduan, hingga kita dikembalikan.

LMN

No comments: