Saturday, January 24, 2009

Obama dan mama

Salam sayang aiya ayang abbah..

Abbah ingat aiya hari2.. semalam ada cerita tentang budak perempuan kecil umur setahun lagi tua dari aiya, di Amerika. mak dia kena tangkap pasal banyak cubit dia. atuk dia sedih sebab budak kecil tu sudah tiada. Abah doa insyaAllah mama jaga aiya baik2.

Banyak berlaku minggu ni, abah tak tau nak mula kat mana. Tapi tiap2 hari abah ingat aiya. Abah ada buat tabung kedua untuk aiya.. :) tambah lagi sepuluh ringgit setiap hari.. insyaAllah, nanti bila aiya nak pergi sekolah ada duit.

Minggu ni, Obama jadi presiden di Amerika. Abah belajar kat sana dulu banyak orang putih. Obama orang hitam pertama jadi presiden. Mama selalu bangga sebab dia putih... dia selalu guna perkataan "Chinese Look".. Abah pun mana2 jelah.. Aiya pun putih comel, abah suka dan sayang. Cuma kita kena ingat sayang, putih hitam kulit kita hanya luaran sahaja.. 2-3 minit orang suka.. tapi yang orang suka lama ialah hati budi kita, sayang.

Mama ada sms abah minggu ni bagitau dia ada datang rumah lagi. Tapi dia tak naik atas. Mama ingat abah nak nyorok daripada dia sebab abah letak kete nenek yang baru kat parking ada atap. Abah tak nyorokla aiya omel.. abah ada sini.. mama tau rumah kita dan ofis tempat abah kerja.. mama tau.. mama pun tau handphone number abah.. abah tak pernah ubah dua-dua takut aiya cari abah nanti.. mama dah ubah phone number dia 5 kali dah.. Tapi takpa, sebab mama jaga aiya.. omel.

Semalam abah mimpi pasal aiya dan mama balik tinggal dengan abah.. macam biasa, abah pandang langit dan doa semoga aiya ok. Semalam abah belajar doa baru dari radio IKIM.

"Ya Allah, Kau berilah ganjaran kepadaku daripada segala musibah yang aku terima"..

:'-) Abah akan doa hari2 sebab setiap hari abah tak dapat jumpa aiya, abah doa ini te.. nanti kita jumpa te..

Projek kat tempat keje abah dah siap, Alhamdulillah tanpa sebarang kecelakaan.. banyak api2 diorang buat dan amat bahaya sebab tempat kerja abah ada gas memasak yang banyak.. boleh meletup kalau kena banyak api.. Tapi, tak ada apa2, Alhamdulillah.

Semalam abah kumpulkan semua staff abah di plant dan beri sedikit ceramah. Abah cuma sedih sikit semalam sebab kontraktor komplen orang2 abah malas. Abah cakap dengan semua pekerja abah, abah yakin satu orang pun tidak malas. Kami doa ramai2 agar Allah berikan kekuatan teamwork.

Abah plan ke arah kerja lepas ni.. Abah tunggu aiya sini te.. abah tunggu.. :'-) abah terfikir juga kalau kita sama2 sekarang, mesti aiya nak ada adik supaya ada kawan main2.. hehe.. nanti mama carikan aiya adik te.. atau kalau abah ada rezeki, abah carikan aiya adik..

Love you, always.

No comments: