Salam Aiya Omel,
Semalam mama telefon abah. Tapi abah lambat angkat sebab abah masih di atas plant sebab ada kerosakan mekanikal. Bila abah call balik mama nak cerita tentang semua yang berlaku. Tapi abah kata cukuplah, abah tak nak dengar apa2 dah melainkan tentang aiya. Mama kata kad insurance aiya rosak. Jadi abah suruh mama set masa dan lokasi untuk abah bagi kad. Dapat juga dengar suara aiya jerit2 dalam phone.. Hehe, aiya miss abbah ya.. Kalau abah melawat aiya, aiya tidak nanis.. aiya omel. aiya kenal abbah.
Tadi abah jumpa mama untuk pertama kali sejak aiya dengan abah berpisah 5 bulan lepas. Mama kata kad insurance aiya tak ok, jadi abah dah buatkan yang baru. Kad insurance tu dah ada dengan mama and insyaAllah Aiya can go to any hospitals, even private.
Abah juga ada bawak Rm 4 ribu tadi dari akaun aiya, tapi mama tak bawak aiya. So, abah tak bagi mama duit aiya tu, sebab abah dah tak tau status mama apa. nampak macam dia dah kawin lain macam dia asyik2 beritahu abah. Ada handbag baru dan sebagainya. Semoga aiya dapat bapa tiri yang baik. insyaAllah, abah doa mama dah tak terlibat dengan ajaran2 sesat lagi. Mama kata dia dah tak contact dah kawan2 ajaran sesat dia tu. insyaAllah, abah doa semuanya ok.
Mama ada cakap lagi nak pergi jauh dan sebagainya. Ada juga cakap pasal atuk nenek (mak bapak mama) nak ambil aiya dari mama. Tapi, abah tak nak dengar dah semua tu, sebab abah tau, abah tak boleh buat apa2 dah. Mama bukan lagi isteri abah, so, abah tak boleh tolong mama. Mama dah buat keputusan untuk berpisah dulu. Abah dah cuba pujuk, mama tak nak juga.
Atuk aiya (ayah abbah) ada pesan dulu waktu mereka (keluarga mama) halau abah. "mungkin bukan hari ini, tapi mungkin saja satu masa nanti mereka akan menyesal dengan keputusan mereka". Atuk aiya memang bijak sebab dia dah dapat 2 gelaran Datuk dan Datuk Seri Paduka, dia profesor dan adik beradik abah semua berjaya. Uncle2 and aunty2 aiya semua berjaya. kita ada 2 doktor, 1 lawyer, abah engineer, aunty yam dulu arkitek, businessman dan juga ahli musik, uncle amat. semoga aiya juga besar jadi orang berjaya insyaAllah.
Abah di plant lagi sekarang, sebab project team tengah buat de-gassing of pipeline, purging and welding works hari ni. Hujan lagi, walhal abah baru cuci kereta hehe.. takpalah RM 6 saja.
Abah rasa umur abah tak panjang, tapi abah doa2 insyaAllah aiya dan abbah berjaya dunia akhirat.
Ok sayang.. rest te.. jangan buat mama susah2 te.. love you so much.
Abbah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam...
Segala puji bagi Allah selamanya atas nikmat kehidupan. Bukannya satu perkara yang mudah untuk mengukuhkan hati untuk terus memperjuangkan taubat dalam diri. Pelbagai tribulasi dan bermacam2 ujian demi ujian di tempuhi..Kalau dahulu kena puaskan hati dua pihak. Sekarang bukan sahaja dua pihak tapi lebih. Risau, nanti seolah2 bertuhankan perasaan dan cakap2 orang pula. Apapun, Allah tempat pengaduan yang terBAIK! Kadang terfikir juga, siapa pun seseorang itu pada hari ini..kelak di masa hadapan tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Seseorang mungkin boleh berubah oleh suasana kerja, berubah kerana desakkan keluarga atau berubah sebab memang dia mahu berubah..Allah memegang hati setiap hambaNya, kita hanya mampu berdoa, beristiqamah untuk terus mendekatkan diri dan mengenal Allah, penuhi syarat penghambaan padaNya. Insya Allah, bila kita sudah mengenali Allah itu bersifat mencukupi, kita akan bergantung kepadaNya semata, tidak perlu kepada selain Dia. Peringatan buat diri saya yang sentiasa alpa dan lalai..
Untuk LMN yang tidak habis2 dengan provokasi, penipuan, pengaduan dan fitnah berantai..
Tidak payahlah buat akikah untuk insyirah.Akikah insyirah sudah di buat 6 bulan yang lepas di bumi para anbiya pernah tinggal.... Mesir dengan korban akikah, kenduri dan sadaqah, alhamdulilah majlis berjalan dengan penuh keberkatan buat Insyirah yang dikasihi.
Tiada pernah sebarang perjanjian atau persetujuan dengan LMN untuk memberi LMN berjumpa dengan Insyirah sekiranya LMN memberi duit rm500. Saya meminta LMN untuk menghantar duit rm500 itu untuk membayar balik duit pinjaman saya pada emak angkat saya yang telah saya gunakan untuk membayar kos tambang saya dan Insyirah ke Kuching dan Kuala Lumpur.
Duit hampir RM60ribu bukan seperti apa yang dikata LMN tapi semua duit itu adalah dalam bentuk saham, “floating” yang saya tidak pernah keluarkan atau sentuh satu sen pun. Nilai saham tersebut pada ketika ini adalah dalam RM16ribu.Dalam akaun wsa, RM12ribu telah dimasukkan ke dalam akaun Insyirah dan yang selebihnya adalah duit simpanan yang telah LMN berikan pada saya sepanjang perkahwinan untuk membeli perhiasan diri (cincin) dan nafkah. Saya mempunyai hak atas duit tersebut dan LMN tidak sepatutnya meminta saya agar menggunakan duit pemberiannya pada saya sepanjang perkahwinan sebagai duit nafkah anak. Selama ini saya menggunakan duit hasil pendapatan business untuk menyara Insyirah dan membiayai kos perubatan dan membayar maid (sewaktu masih tinggal bersama parents saya) menjaga Insyirah..Tapi sejak bulan Ogos 2008, Insyirah berada di dalam jagaan saya sepenuhnya tnpa pembantu rumah. Dari segi hukum, apa sekalipun alasan LMN, dia tetap perlu memberi nafkah anak.Bukan saya tidak memberi LMN peluang berjumpa Insyirah tetapi kerana saya rasa LMN tidak layak berjumpa Insyirah kerana sejak 11 bulan yang lepas LMN tidak pernah memberi nafkah anak. Saya bukan melarikan diri tetapi perlu masa untuk tenangkan diri. LMN yang perlu 'grown up'..
Demi Allah, siapapun kamu LMN pada hari ini atau pada masa depan..saya tidak akan kembali. Tiada langsung penyesalan atas keputusan yang dibuat malah mengundang rasa syukur yang teramat sangat. After all talak yang telah jatuh adalah atas keputusan dan perbuatan kamu bukan saya. Kamu yang tidak sabar, dengan menunjukkan akhlak yang baik kepada kedua ibu bapa saya seperti yang sepatutnya menantu lakukan pada mertuakan?. Kamu juga tidak pernah dihalau seperti yang kamu reka2kan cerita sebaliknya ibu bapa saya hanya meminta masa untuk bertenang selama 2 minggu, setelah berlaku pergaduhan besar antara lokman dan ibu bapa saya. Kamu suda salah, kalau berpendapat saya menyesal atau masih mempunyai hati untuk kembali, itu hanyalah mainan perasaan sahaja. Dan tidak sama sekalipun untuk Insyirah. Doktor, peguam, jurutera, arkitek bukan penjamin di akhir penghidupan kita dan pada ketika itu status gelaran sudah tidak ada maknanya lagi. Saya sudah pun menemui pendamping yang setia, sahabat yang seiring sejalan sanggup susah senang bersama, penyejuk mata, penenang hati dan yang paling utama sentiasa ikhlas mengingatkan saya bila saya lalai..Harap jelas di sini.
Seperti yang telah saya katakan sebelum ini,saya tidak pernah meletakkan punca penceraian saya sepenuhnya pada LMN tapi juga pada diri saya dan juga ibubapa saya. Kepada kedua ibubapa saya,sehingga ke saat ini kekesalan dan kesedihan saya tidak terhingga dan terkata dengan perbuatan mereka yang masih tidak mengaku dan bertanggungjawab dengan kata2 dan perbuatan sendiri. Pada pandangan mereka, usaha2 mereka adalah benar tetapi sebenarnya merosakkan kehidupan insan2 yang tidak berdosa .... kerna telah menabur fitnah dengan menjaja cerita di sana sini untuk menarik saya kembali ke rumah mereka. Tetapi ingin saya jelaskan, bahawa saya dipukul dan dihalau bukannya lari dan melarikan Insyirah. Saya dan Insyirah sebenarnya adalah mangsa keadaan dan kerosakan hati dan ketamakan jiwa orang seperti LMN dan kedua ibu bapa saya. LMN berpendapat seorang isteri/suami apabila sudah berkahwin, kehidupan hanya melibatkan pasangan dan anak, tidak ibu bapa, adik beradik dan keluarga. Ibubapa saya pulak ashik menuntuk hak seorang anak kepada ibu bapa dan mewajibkan anak2 yang sudah berkahwin masih terus mentaati apa jua arahan dan kehendak mereka sehingga memaksa saya untuk membelakangkan suami dan hak mertua saya. Saya tidak pernah berniat untuk memburuk2kan ibu bapa dan juga lokman tetapi mereka inilah yang telah memburuk2kan saya dan membuka aib saya di mata keluarga, kawan2 dan masyarakat keseluruhannya.
Bagi saya, ibubapa saya tidak pernah ikhlas untuk menyokong hidup saya selepas bercerai. Bermacam2 janji dibuat untuk mendapatkan kepercayaan saya. Sampai satu ketika, saya sengaja menguji ibubapa saya dengan mengatakan saya ingin berkahwin dengan adik angkat keluarga ustaz tersebut sebaik sahaja tamat tempoh idah saya sehinggakan saya sendiri meminta ibubapa saya meminang adik angkat keluarga ustaz tersebut. Ibubapa saya telah bersetuju walaupun pada awalnya mereka jelas nampak 'berat' untuk menerima. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai sebarang perasaan atau niat pun untuk berkahwin dengan adik angkat ustaz tersebut. Tiada niat untuk mempermainkan perasaan adik angkat ustaz tersebut kerana pada ketika itu adik angkat ustaz sendiri tidak tau apa perasaan saya padanya. Semuanya hanya untuk menguji sejauh mana keikhlasan ibubapa saya. Cuma, saya tidak mau besar2kan benda ni, risau sekiranya Allah akan menguji saya dengan benar2 meletakkan rasa sayang padanya. Akhirnya, saya sendiri menemui kebenaran. Ibubapa saya tidak ikhlas menerima adik angkat ustaz tersebut dengan mengemukakan pelbagai alasan dan provokasi mengeruhkan hubungan saya bersama keluarga ustaz tersebut. Rasa geram dan marah dengan ibubapa semakin bertambah, bagi mereka seorang suami perlu mempunyai 'tiket jaminan hidup' untuk isterinya seperti harta benda, perlindungan, wang ringgit, status dan pekerjaan terjamin. Bagi saya, berumahtangga bukannya untuk menerima tapi lebih kepada memberi kasih sayang, perhatian dan kebaikkan...barulah mendapat ketenangan, mencukupkan kekurangan diri, beri semangat dalam kehidupan seterusnya akan mengundang rasa syukur...
Apapun, sedikit sebanyak, saya agak kesal pada keluarga ustaz kerana sebelum ini terlalu mengikut telunjuk dan taat pada arahan kedua ibubapa saya (kerna mereka tidak tahu niat sebenar ibu bapa saya mahu saya bercerai) sehingga kesannya menyusahkan diri mereka sendiri. Harapan saya, mereka dapat mengambil iktibar dan pengajaran. Saya memahami niat mereka ikhlas membantu dan telah menganggap ibu bapa saya seperti keluarga mereka sendiri. Di masa ibu bapa dan keluarga saya mengerjakan umrah selama 2 minggu di saat itulah saya DIPAKSA OLEH IBU BAPA SAYA untuk tinggal dengan keluarga ustaz tersebut bersama Insyirah dan pembantu rumah emak saya dengan alasan agar lmn tidak datang menganggu dan berbuat sesuatu setelah diugut bunuh dan pukul oleh LMN. Saya tidak pernah ada niat untuk membuka keaiban ibubapa saya maupun keluarga ustaz terbabit tetapi ibubapa saya sendiri telah lama membuka keaiban saya pada semua orang sejak saya bertunang, berkahwin sehingga kini ke sana sini menjaja cerita dan fitnah melampaui batas.
Kepada kedua ibubapa saya, apa2 pun yang berlaku antara kita adalah antara kita dan lokman, tidak ada kaitan dengan sesiapa termasuk keluarga ustaz tersebut. Selama ini saya mempertaruhkan ketaatan saya pada suami sehingga rumahtangga berkecai untuk menggembirakan dan memenuhi keinginan ibubapa. Saya tidak pernah dikurung dan tidak juga disihir di'pugai' seperti apa yang “orang2” itu katakan. Buktinya saya bebas hendak ke mana, tinggal di KL dan bukan di Sabah seperti yang dituduh. Saya mampu menjaga anak saya sehingga kini berusia 1 tahun dan sekiranya saya di santau, sihir, pugai etc saya sudah tidak punya halatuju dalam hidup, tanpa pekerjaan tetap dan anak terabai. Saya harap mereka dapat membuka minda mereka untuk berfikiran yang positif bukannya berfikiran sempit, primitif dan terlalu percaya kepada bomoh2 dan ramalan2 orang2 yang mengambil kesempatan atas kesusahan mereka mengharapkan saya kembali kepada mereka. Saya hanya ingin hidup berdikari, tenang dan memulakan hidup baru, hijrah ke arah kecemerlangan diri dan masa depan dunia akhirat yang lebih baik dan terjamin.
Bukan mahu menyokong mana2 pihak, saya tidak mempunyai kepentingan sekalipun dengan keluarga ustaz tetapi atas dasar tidak mau syubhat dosa, saya cuma mahu menegakkan kebenaran dan hak. Fitnah ibubapa saya dan LMN pada keluarga ustaz akan terus berjalan, maka semakin besarlah tanggungan saya di akhirat kelak sekiranya benda ini tidak dijelaskan dan diperbetulkan. Ntah sedar atau tidak ibubapa saya akan perbuatan mereka ini atas anak mereka. Masakkan saya mahu berdiam diri dan membiarkan diri saya berdiri di mahkamah akhirat, di hadapan Allah dengan tidak ada jawapan dan usaha.
Bukan berniat untuk mengeluh atau mengingkari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dengan meyalahkan orang lain lebih2 lagi ibubapa yang martabatnya tidak ternilai disisi Allah tapi saya bercakap atas kebenaran. Rasa sesak di fikiran dan tertekan yang teramat sangat. Saya sampai terkadang lupa diri, tidak bersyukur, melatah mempersoalkan kenapa diri ini diuji. Rugi, memang rugi kerana seolah2 saya tidak pernah menghargai dan memanfaatkan kasih sayang Allah, menangis dan termenung tiada mendatangkan manfaat apa2 pun. Sebenarnya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ingin memberitahu saya supaya jangan sombong, lupa diri, lalai dan buruk sangka..Masa berlalu, peringatan demi peringatan datang dan akan terus datang tanda kasih sayang Allah untuk hambaNya. Kita ini milik mutlak Allah, selayak diperlakukan apa saja olehNya.
Biar saya dikata anak durhaka, kurang ajar, hypertensi, tidak waras, yang tidak akan masuk syurga dan mencium bau syurga sekalipun, yang pasti Allah sentiasa berada di sebalik setiap kehendakNya. Allah Maha Mengetahui. Allah mahu menguji adakah benar prinsip pegangan hambaNya. Tidak perlu tegakkan benang yang telah basah dan membawa 10 atau 20 bukti demi menutup kesalahan diri kerana selagi Allah mahu saya berdiri di atas landasan yang diinginiNya, selagi itulah saya akan disitu...Wallahualam..
Salam.
Allahuakhbar 3x... Semoga jd iktibar. Semua mengaku ke jalan yg betul, ajaran yang betul atau ilham dri Allah SWT. Tapi ingat perintah yang paling besar sekali adalah dari Al-Quran dan hadis jd penguat dan pegangan. Ada yg mengaku mendapat perintah terus dr Allah. Jalan yang paling selamat sekali ialah kita megikut perintah syariat berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sememangnya perintah besar dari Allah dan Muhammad utusannya. Tiada perintah lain yang lebih besar dari syariat yang memang telah diamalkan oleh Rasullullah. Sekiranya ada perintah lain selain dari perintah dalam syariat maka berhati-hatilah kalian. Bertanyalah kpd mereka yang berilmu tinggi atau orang yang lebih arif mengenai hukum syariat.
memperkatakan mengenai ajaran sesat, ada lima perkara dasar yg menjadi sumber ajaran tersebut.
1. Ajaran batiniah-"setiap yg zahir ada batin".setiap Al-Quran diturunkan mempunyai Takwil.
2. Tasawwuf wahdah al-wujud (tasawwuf wujuddiah)"hanya tuhan yg ada".
3. tafsir ayat Al quran yg diselewengkan dr makna utk kepentingan golongan tertentu.
4. penggunaan hadis palsu dan ungkapan yg dikatakan hadis.
5. masalah penerimaan dhawq dan khasyhaf sebagai sumber ilmu yg benar.
Ciri-Ciri umum ajaran sesat.
-Melakukan amalan ibadat khusus secara mubalaghah (memberatkan) seperti membanyakkan amlan sunat yg boleh menjejaskan kesihatan- contoh sembahyang sunat 100 rakaat untuk niat tertentu secara rasa terpaksa, berpuasa 40 hari dgn hanya meminum air kelapa utk berbuka, Berzikir hingga 10000 kali utk menjadi wali dan sebagainya yg memberatkan diri sendiri. (-ajaran Islam tidak memberatkan umatnya seperti firman Allah dlm surah Al baqarah ayat 30:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya.)
-mengaku dirinya nabi serta mendakwa menerima wahyu dr Allah.
-mengaku dirinya sebagai imam mahdi.
-mengaku dirinya seperti seorang wali dan mempunyai keramat mengaku pula mendapat KHASYAF atau ilmu laduni.
-bergerak dgn penuh rahsia. Dilarang membocor rahsia ajaran kerana dikatakan boleh menimbulkan fitnah.(sedangkan Rasullullah sendiri bersifat tabligh- menyampaikan ajaran secara terbuka) tiada berselindung kerana benar.
-Membincangkan tentang makrifat Allah dgn panjang lebar tetapi tidak menyentuh soal iman, islam sebenar dan ihsan yg sepatutnya dijelaskan.-banyak lagi yg tidak dpt saya sebutkan di sini.
sekarang ini byk berlaku ajaran yang mana mereka mendakwa menerima wahyu atau ilham dari Allah utk berdakwah dan bukan dari dirinya sendiri. Ini yg bahayanya. golongan ini mungkin boleh tahu apa yg telah berlaku tetapi tak mungkin boleh mengetahui apa berlaku pada masa hadapan. kerana itu semua adalah urusan Allah yg kita tidak dpt jangka. Belum ada satu hadis pun yg menerangkan kisah org yg mendapat ilham sepanjang masa. yg diterngkan dlm hadis memang ada org yg menerima ilham seperti beberapa sahabat nabi tetapi mereka tidak menerima ilham sepanjang masa seperti apa yang berlaku segelintir ajaran baru masa kini.
Islam tidak mengajar umatnya mengeluarkan kata-kata kesat waima terhadap org kafir sekalipun. Tetapi segelintir ajaran pada masa kini byk menyalahgunakan perintah Allah. Malahan ada yg sanggup memaki hamun ibu bapa demi untuk menyelamatkan mereka dari azab api neraka. sesungguhnya dengan mengeluh dgn perkataan UHH!! sahaja terhadap ibu bapa berdosa inikan pula memaki hamun walaupun ibu bapa seorang yg kafir sekalipun.
Tuduhan sesuatu ajaran yg menyeleweng juga sering kali menghina pengamal syariat yg mereka kata beramal hanya untuk mendapat pahala, takut neraka dan sebagainya adalagh syirik. ini merupakan tuduhan liar menurut ahli sunnah. Amalan org syariat ini tidak bertentangan dgn ajaran Islam tetapi persoalannya mengapa menghina sesuatu yang dihalalkan oleh Allah seperti Firmannya:
katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yg berani mengharamkan perhiasan Allah yg telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya. Ayat29 surah al-Araf. bersambung...
salam.
saya ni bukan lah tau apa sebenarnya masalah korang dan bukanlah nak masuk campur tp cuma nak komen sikit ttg pandangan hamba Allah ttg ajaran sesat.jelas dari tulisannya, hamba Allah adalah seorang yg berfahaman wahabi yg menolak ahli sufi dan ajaran tasauf.saya tidak menafikan banyak ahli sufi yg sesat , malah banyak yg sesat dari yg betul tp hamba Allah tidak boleh meng-amkan bahawa semua mereka sesat .hamba Allah mengatakan satu dasar ajaran sesat ialah bila mengatakan setiap yg zahir ada batin nya.kalau salah tafsir memanglah sesat seperti mengatakan nikah ada zahirnya dan ada batinya, zahirnya saksi dan wali tapi nikah secara batin tidak perlu saksi dan wali.ini jelas sesat tp kalau saya katakan zahirnya pernikahan itu ialah dgn memberi nafkah zahir seperti perbelanjaan, tempat tinggal dsbnya dan nafkah batin ialah memenuhi keperluan seksual pasangan suami isteri, adakah saya sesat dgn mengatakan begini? jadi sesat atau tidak ialah bila salah tafsir, bukan SEMUA yg mengatakan setiap yg zahir ada batin nya itu sesat.begitu juga ttg hikmah dalam berdakwah, ada masanya, kita perlu berselindung demi kebaikan bersama, seperti dalam hadis sahih, biasanya Rasulullah akan merahsiakan tempat yg dituju tentera Islam pada awalnya dan ada masanya Rasulullah memberitahu awal2 seperti pergerakkan ke Tabuk.dan juga dalam hadis sahih, rasulullah pernah memberitahu aisyah, akan datang sekejap lagi seorang yg paling jahat dari kaumnya.bila orang itu datang, Rasulullah melayannya dgn baik.bila orang itu balik, Aisyah bertanya" bukankah kamu mengatakan bahawa org itu adalah org yg paling jahat dari kaumnya, mengapa kamu melayannya begitu baik? " Rasulullah menjawap" orang yg paling hina di akhirat ialah dia yg dibiarkan sahaja berbuat sesuka hatinya disebab ditakuti kejahatannya.persoalannya, mengapa Nabi tidak berterus terang pada org itu hakikat ttg dirinya, jawapannya ialah, berterus terang hanya akan menimbulkan masalah dan memburukkan keadaan.banyak lagi yg saya nak cakap sebenarnya, tp saya rasa cukuplah dengan mengatakan bahawa ajaran wahabi adalah ajaran yg tertolak pada pandangan ulama2 malaysia.saya harap hamba Allah lebih baik belajar cara ulama2 dulu yg belajar berguru dari menjadi guru sendiri seperti trend puak2 wahabi kini yg belajar tanpa guru.wallahualam
bersambung... Salam.. trima ksih di atas pendapat saudara eyesnears.. semoga Allah memberi pandangan kepadamu..
Lihat sekali lagi apa yg saya tulis tentang perkara dasar ajaran sesat - AJARAN BATINIAH-setiap yg zahir ada batin".setiap Al-Quran diturunkan mempunyai Takwil.
apa yg dimaksudkan di sini ialah AJARAN BATINIAH - iaitu salah satu fahaman ajaran sesat. ulang sekali lagi AJARAN BATINIAH yg menganggap semua yg zahir itu ada batin seperti yg eyesneaers tulis kalau salah tafsir memanglah sesat seperti mengatakan nikah ada zahirnya dan ada batinya, zahirnya saksi dan wali tapi nikah secara batin tidak perlu saksi dan wali. itulah yg saya maksudkan AJARAN BATINIAH yg menganggap semua yg zahir ada batinnya termasuk dlm semua perkara sekaligus. saya tidak mengatakan semua perkara yang ada zahir dan batinnya tetapi sebaliknya tentang AJARAN BATINIAH. Itu yg mereka amalkan. termasuk swetiap Al Quran yg di turunkan mempunyai takwil yakni setiap terjemahan al Quran byk lagi benda yg belom digali sehingga boleh menjadi tersasar dan sesat. saya tidak mengatakan semua ahli tasauf itu sesat. Saya juga bukan berfahaman Wahabi wahai saudara. Ajaran batiniah itu mereka tidak menerima bulat-bulat apa yg diterjemah Dlm Al Quran kerana mengaggap itu adalah maksud dasar sahaja. Dlam AJARAN BATINIAH mereka tetap memegang moto "Setiap yg Zahir ada batinnya"
Contoh AJARAN BTINIAH -di dlm kitab Miftah Al-Zirah Al-Aqwal idah trdpt kenyataan ttg makam smbhyng lima wktu yg di petik dr sheikh Abd Kadir al-Jailani. Di sini pengarang kitab telah menggunakan nama tokoh islam tnpa rujukan lengkap. cara ini ialah tidak brtanggungjawab dan fakta yg digunakan tidak dikira ilmiah srta boleh mnjatuhkan martabat tokoh islam tersebut sekiranya beliau tidak menyatakan demikian. umpamanya makam sembahyang zohor tmpatnya di hempedu sbb wktu zohor dia terasa sesuatu benda pahit mengalir di btg lehernya. sebenarnya ini adalah takwil syarak cara batiniah yg di tolak oleh islam.
Pengarang itu juga mengatakan rakaat smbahyang 5 waktu tidak sama sbb ia mengikut kejadian alam yg dijadikan berperingkat2. ini juga adalah contoh TAKWIL SYARAK CARA BATINIAH. antara matlamat ajaran Batiniah adlah utk memesongkan akidah org islam.
begitu juga ttg hikmah dalam berdakwah, ada masanya, kita perlu berselindung demi kebaikan bersama, seperti dalam hadis sahih, biasanya Rasulullah akan merahsiakan tempat yg dituju tentera Islam pada awalnya dan ada masanya Rasulullah memberitahu awal2 seperti pergerakkan ke Tabuk.
- saudara, apa yg saya maksudkan ialah ajaran yg sentiasa mengamalkan dakwah secara rahsia dan utk golongan mereka sendiri sahaja. saya tidak menolak hadis sahih yg saudara katakan itu. itu memang benar kerana ada tempatnya kita mesti merahsiakan cara tabligh seprti yg berlaku kpd Rasullullah tetapi itu adalah keaadaan darurat yg boleh menjejaskan islam seprti dlm strtegi peperangan atau keaadaan tertentu yg boleh menjatuhkan islam. bukannya berdakwah secara sembunyi sepanjang masa seprti ciri-ciri ajaran sesat masa kini yng kononnya akan menyebabkan fitnah sekiranya menceritakan apa yg dilakukan bsama jemaah antara mereka sendiri sahaja.
cara merashsiakan ajaran terekat yg diajar oleh guru mursyid adalah btentangan dgn konsep ilmu dlm islam dan sifat tabligh Rasullullah S.A.W. Persoalannya kalau ilmu itu benar dan berfaedah, mengapa mesti dirahsiakan dpd org ramai serta mengapa guru mursyid pantang dikritik dan murid mesti patuh tnpa mempersoalkan ajaran yg disampaikan? ini adalah bercanggah dgn konsep bguru dlm islam, iaitu ilmu hadith yg mana sifat guru yg boleh diambil ilmunya mestilah bersifat adalah dan dabhit. jika tidak ada sifat ini pada guru tersebut, maka ilmunya ditolak.
Prof dr Abdul fatah harun dlm bukunya Ajaran sesat menyatakan salah satu ciri ajaran sesat ialah ada konsep taqiyah iaitu merahsiakan ajaran. Wallahualam... bersambung..
salam.
semoga Allah memberi kita hidayah yg sebenar.saya tidak tahu dan belum jelas ttg ajaran yg hamba Allah sedang pertikaikan.cuma saya ingin menasihatkan supaya berhati hatilah sebelum menghukum dan menuduh.tidak salah menuduh bila telah sabit kesalahan dgn bukti2 yg nyata.sedangkan untuk mensabitkan kesesatan Arqam mengambil masa yg begitu lama dan mengumpul bukti yg betul2 sahih dan kukuh.jgnlah jd penyesalan diakhirat nanti kalau yg kita tuduh itu ialah salah sangka atau buruk sangka yg tidak wujud.Renunglah firman Allah dalam surah alhujurat ayat 6 yg maffumnya, " wahai org2 yg beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka pastikanlah( berita itu)" juga Allah berfirman dalam surah alhujurat ayat 12 yg maffumnya " wahai org2 yg beriman, jauhilah daripada kebanyakan prasangka,sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa,dan janganlah kamu mencari cari kesalahan,dan janganlah kamu memburuk burukkan diantara satu sama lain.Adakah kamu suka memakan daging saudara kamu sendiri? Niscaya kamu membencinya.maka bertakwalah pada Allah.Sesungguhnya Allah maha penerima taubat dan maha penyayang"
Dalam konteks ini, ingin juga saya mahu tahu apakah ajaran yg dirahsiakan itu, yg hamba Allah sebutkan.Mesti ada sumber yg hamba Allah dpt ttg ajaran rahsia itu yg dari kata2 hamba Allah, ajaran itu adalah
bertentangan dgn Islam.Adakah ia berbentuk wirid, zikir atau bagaimana?Adakah hamba Allah betul2pasti bentuk amalan rahsia itu yg telah sampai kepada hamba Allah sehingga mengaitkan mereka sebagai ajaran sesat.Saya harap hamba Allah lebih jelas.Bukan hanya mendengar dari pihak lain tanpa bukti kukuh yg mungkin berita itu ditokok tambah.Saya bagi contoh, ajaran arqam yg sesat yg dirahsiakan tp terbongkar kemudiannya dgn bukti dan pengakuan pengikut yg bertaubat, contohnya ada rakaman yg telah dirampas oleh pihak berkuasa ttg suara seorang pengikut yg bernama Hj Syo'rani yg mendakwa,dirinya diserapi ruh Rasulullah dan bercakap dgn Ustaz Asyaari, kononnya yg bercakap dgn lidahnya itu Nabi, dan ini jelas adalah salah dan wanauzubillah, Rasulullah tidak akan merasuk seperti itu dan tidah pernah dalam sejarah berlaku begitu.Adakah tuduhan hamba Allah beserta bukti sebegini? atau masih sangkaan semata2.Kalau ada, berserahlah pada Allah dan teruskan.Kalau tidak takutlah pada Allah.Bukan saya hendak mempertahankan mereka yg hamba Allah tuduh.Saya pun belum jelas.Cuma sebagai org beriman, kita harus mencontohi Rasulullah dalam kisah ifk dalam Alquran. (kisah aisyah difitnah)Bila turun wahyu membuktikan Aisyah radiallahu anha itu suci dan tidak bersalah,maka 2 orang yg beriman telah disabitkan turut menyebarkan berita fitnah itu dan mereka telah di hukum qazaf(sebat).Lalu mereka pun kemudian hari bertaubat.Namun yg memulakan fitnah itu iaitu, Abdullah bin Ubai dan dia adalah ketua munafik, tidak dihukum kerana dia sangat bijak dalam menyebarkan fitnah secara kiasan tanpa menyebut nama aisyah.walaupun semua org tahu dia adalah ketua munafik dan yg memulakan fitnah itu, tp sebab tidak dapat dibuktikan bahawa dia menyebut nama aisyah secara langsung dan kata2nya banyak berkias, maka dia tidak dihukum.inilah keadilan Islam dalam menghukum.selagi bukti kukuh tidak wujud, hukum tidak jatuh.Saya bersetuju, kita tidak perlu taat dalam perkara maksiat seperti hadis Nabi "la to'ah fi ma'siatillah" yg maffumnya' Tiada ketaatan dalam maksiat kepada Allah" tapi kalau mereka taat pada guru mereka dalam perkara yg tidak berdosa, kita tidak boleh menghukum mereka salah, kecualilah jelas arahan itu bertentangan dgn syarak .bolehkah hamba Allah jelaskan apakah perintah guru mursyid itu yg bersifat maksiat pada Allah yg pengikutnya ikuti tanpa menyoalnya.Kalau ada buktinya, jelaskanlah tp kalau tiada takutlah pada Allah.satu lagi ttg konsep berahsia yg hamba Allah katakan sambil memetik kata2 Dr Abdul Fatah Harun.kalau hamba Allah merujuk buku2 tulisan ulama seperi Sheikh Manzur Nu'mani, Maulana Haq Nawaz dsbnya, ttg kesesatan Syiah, hamba Allah akan tahu, Syiah berpegang kepada Kitman dan Taqiyah.kitman ialah menyembunyikan serta berahsia dan taqiyah adalah berbohong dan menipu.hamba Allah mengaitkankan ajaran guru mursyid itu sebagai taqiyah iaitu menipu.atau hamba Allah tidak faham bahasa arab dalam perbezaan diantara kitman dan taqiyah.rujuklah.begitu juga hal dhobit perawi.saya tak nampak hubungan dalam hal ini.tahukah hamba Allah makna dhobit perawi dalam ilmu hadis?ingatlah kata alghazali dalam kitab ihya ulumudin," org yg bukan ahli bilamana membincang ttg ilmu, hanya akan mendatangkan mudarat'maka, belajarlah dengan cara salafus saleh yg diturunkan sampai sekarang seba bilamana kita belajar tanpa guru, maka syaitan akan jadi guru,secara sedar atau tidak,secara menerima kenyataan ini atau tidak.wallaualam
salam brothers and sisters.
Considering that I never claim im an expert/ustaz in this subject matter, Alhamdulillah, I have submitted affidavit pertaining to this Syeikh to JHEAINS and JAKIM few months back. I pray that all goes well from there.
I hope this discussion pertaining to ajaran sesat does not continue on this blog.
Please pray for me and my baby, which is one of the purpose of this blog.
Thank you beloved brothers and sisters. I pray that all of us get to enter Jannah, amin.
salam,
I would like to drop in and say a few words of what I know about the the controversy between Lokman and Bibi.I was Bibi's senior at UIA.Well, I must say, I was quite close to her and I safely can say I know her very well.Its quite a shock of what I read about her from what Lokman wrote.I might not be a Sabahan but I have few close friends I'm still in contact with in Sabah where I can get their views of the altercation between Bibi and Lokman.Honestly, sorry to be blunt, whatever Lokman said about her blemishes pertaining to her trait and actions are just inconceivable and totally not Bibi I used to know.What I gathered, a local ustaz, who I heard is a familiar voice in a local radio channel programme is also accused by Lokman as had deviated from the right path of Islam.I was told that this figure besides being a familiar voice on the radio, is also quite a known figure as MC in many VIP ceremonies where the Governor is present.Its quite amazing if a man of this level and knowledge be so ignorant as to deviate from Islam as Lokman claimed.Again I apologise for being too honest, I think all the altercation was started by Lokman in a fit of frustation from their broken marriage.I advice, emotions should not cloud his judgment and conscience, so as to be carried away in a fit of ire, and to throw such big an accusation to her.May Allah make us see and accept our own shortcomings so as to see the truth behind our emotions.
Aiya sayang, lets pray.
Bismillah,
Ya Allah, if what abu bakar said about me is true, lead us to the right path ya Allah. Forgive us ya Allah, for You know best.
Ya Allah, forgive us ya Allah for we can't forgive them, whom misled our family in the name of Islam, robbed us from half of our religion and conspire to separate us.
Amin.
Bismillahirrahmanirrahim... sapa yg mkn cili dia akan terasa pedasnya. wallahualam.. Salam.
Post a Comment