Tuesday, September 16, 2008

abah tunggu (1 bulan tanpa aiya)

Aiya abbah.. :)
abah tunggu aiya sini te.. tadi abah pergi rumah nenek di sembulan tapi atuk kata aiya tiada di sana. takpa, abah tunggu jak sini.. sibuk juga tengah buat study tentang stock market, tengah cari-cari apartment di kl, tulis novel dan sibuk juga dengan kerja2 di pejabat.

Omel.. :)
aiya buat apa hari ni.. sudah ada gigi? abah tengah kumpul gambar2 aiya buat frame.. abah sudah ada gambar aiya first time mandi, di hospital, aiya merangkak first time depan abah, first time angkat kaki.. nanti abah cari lagi gambar2 aiya te.

Ote Aiya,
Abah sambung buat kerja ya.. abah miss aiya hari2.. abah tunggu aiya sini te.. Nenek cakap dengan mama, abah takkan dapat jumpa aiya kalau abah tak beri nafkah. mama ada 12 ribu duit yang kami simpan untuk aiya.. mama juga ada 63 ribu duit abah yang mama tak kasi balik.. insyaAllah, semuanya cukup untuk aiya.. abah sentiasa belikan aiya bekalan bulan2 sebelum ni, tapi sekarang dah tak dapat. bulan lepas, abah kirim RM 500 melalui kawan mak.. mereka janji, kalau abah bayar, abah boleh jumpa aiya.. tapi mereka tipu.

Takpalah Aiya, kita doa te..
Ya Allah, pertemukanlah kami di dunia ini dan pertemukanlah kami di syurga nanti.
Ya Allah, janganlah Engkau berikan kepada kami, sesuatu yang tidak mampu kami pikul.
Ya Allah, hanya kepada Engkaulah tempat kami berserah dan meminta pertolongan, tiada sesiapa yang mampu memberi hidayah melainkan Engkau. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ya Alah, Amin.

6 comments:

KaDusMama said...

Pray your baby will be reunited with you one day..

~titty~

bibinashrh said...
This comment has been removed by the author.
bibinashrh said...

MDDM,14Sept08: Atas segalanya,segala puji bagi Allah SWT.Selepas 7 bulan dari tarikh saya diceraikan,Allah gerakkan hati saya untuk berkongsi siapa Lokman (LMN) sebenarnya pada kaca mata saya,seorang bekas isteri kepada LMN.Besar harapan saya,kiranya pembaca2 blog ini dapat mempertimbangkan semula apa yang telah dikongsikan oleh LMN disini. Saya mulakan dengan SMS cerai yang dihantar oleh LMN pada 31 MARCH 2008;

"Pilihlah antara cerai dan kerja.Kalau saya rasa tertekan saya akan ceraikan saja pakai SMS.Bagus kau insaf dan taat pada suami dan jumpa".(10.57am)

"Bismillahirrahmannirrahim.Saya tunggu saja,kalau tidak jawab call saya,jatuh talah 1".(11.10am,
12.05pm,12.26pm)

Rasanya tidak melampau sekiranya saya mengatakan bahawa selama setahun setengah perkahwinan saya bersama LMN,selama itulah LMN telah menjahanamkan hidup saya.Pada awalnya LMN sendiri tidak mengaku yang dia telah menlafazkan cerai,melalui sms,tetapi tidak diterima oleh pihak mahkamah.Lalu,bermulalah episod di mana LMN mula menyalahkan diri saya dan orang2 sekeliling yang menjadi punca penceraian kami.Saya dikatakan tidak mentaati suami,ibubapa dikatakan menghasut saya supaya tidak mentaati suami dan yang paling saya kesali bila keluarga angkat yang saya anggap seperti keluarga sendiri,yang sebenarnya telah banyak berkorban untuk memulihkan hubungan suami isteri antara saya dan LMN, dikatakan telah menghasut supaya kami bercerai! Sebelum saya menerima SMS cerai daripada LMN,kami telah bergaduh besar sehingga melibatkan kedua ibubapa saya.LMN dengan tidak hormatnya mengatakan bapa saya tidak pandai mengajar anak perempuannya hanya kerana saya lebih melayan anak kami daripada mendengar keluhannya tentang masalah di pejabat. LMN juga telah mengugut saya dengan mengatakan dia akan memukul dan membunuh saya sekiranya saya tidak taat dan datang berjumpa dengannya.Disitulah saya mula menilai keikhlasannya sebagai seorang suami yang sepatutnya melayan baik,menghormati isteri dan keluarganya dan membimbing isteri tetapi LMN sebaliknya pula.Dan yang paling saya kesali adalah sepanjang menjadi isterinya,kataatan saya dituntut untuk kepentingan dirinya.Ya,mungkin secara lahiriah LMN kelihatan seperti seorang suami dan ayah yang baik dan warak orangnya tetapi sebenarnya LMN meletakkan agama itu untuk keselesaan dan kepentingan dirinya.Atas faktor inilah, saya mengalami tekanan emosi malahan fizikal dengannya. Siang dan malam,LMN datang mengganggu hidup saya dengan keluarga dan juga keluarga angkat saya.Tidak cukup dengan datang mengganggu, penghantaran SMS malahan mula menyebarkan fitnah sehingga menjejaskan nama baik banyak pihak.Terlalu banyak yang perlu saya betulkan dan jelaskan.Sehingga satu tahap saya sendiri takut akan nasib saya dihadapan Allah sekiranya saya tidak berjaya melunaskan syubhat saya atas fitnah LMN.

a) LMN tidak pernah dihalau dari rumah ibubapa saya tapi adalah atas persetujuan bersama antara saya,ibubapa saya dan LMN sendiri sebagai tempoh bertenang selepas pertengkaran besar antara saya dan LMN.
b)Tidak ada 'spiritual Leader' seperti yang dikatakan oleh LMN.Spiritual leader yang dikatakan hanyalah seorang bekas profesor di salah sebuah universiti di timur tengah dan kini merupakan seorang pendakwh bebas.
c)Bapa saya pernah meminta seorang ustaz untuk menasihati saya dan juga LMN tentang masalah yang kami hadapi. Ustaz tersebut telah memberi nasihat,bersikap terbuka dan berkongsi masalah lain seperti kemuskilan perkara2 yang dianggap bidaah oleh LMN,akhlak dan hak2 seorang suami,isteri dan mertua.Beliau menjadi perantara untuk merapatkan dan memulihkan semula hubungan saya dan LMN supaya kembali semula sebagai suami isteri tapi LMN sebaliknya. LMN telah menfitnah ustaz tersebut dan ahli keluarganya sehingga merosakkan nama baik ustaz tersebut.Ustaz tersebut tidak pernah menghasut saya untuk bercerai!LMN sendiri yang sebenarnya tidak dapat menerima hakikat yang dia telah menceraikan saya.Ini kerana LMN pernah sms yang menyatakan 'hidup atau mati saya,dia akan membuat kehidupan saya sengsara dan tidak akan membenarkan saya hidup gembira dengan anaknya'.
d)LMN sering menuduh akidah saya dan keluarga serta keluarga angkat saya telah terpesong dan meminta kami balik ke pangkal jalan.

Adalah perlu saya kongsikan disini, selama bersama LMN,berikut adalah apa yang saya lihat dan menjadi didikan LMN pada saya;
1) LMN menghasut saya supaya membenci ibubapa sendiri.Bagi LMN,selepas berkahwin keluarga hanyalah terdiri daripa dia(suami),saya(isteri) dan Nurinsyirah(anaknya) sahaja.LMN tidak mahu bergaul dengan ibubapa dan adik beradik saya,tidak mahu makan semeja kerana takut disihir oleh keluarga saya dan memalingkan muka ketika bercakap dengan mereka..
2)LMN menghasut saya supaya membenci dan tidak bergaul dengan saudara mara dan kenalan keluarga dan juga sesama muslim.Sangat sukar untuk LMN menghadirkan diri di majlis keramaian,kenduri atau majlis tahlil di rumah saya dan sering melarikan diri ke rumah ibu bapanya atau memberi alasan yang dia mempunyai kerja di pejabat.
3)Solat subuh ditunaikan pada waktu sepatutnya waktu menunaikan solat sunat iaitu solat duha dan solat isya'nya adalah pada waktu hampir waktu solat subuh.
4)Berdoa selepas solat dan solat menggunakan sejadah adalah bidaah.
5)Majlis tahlil,kenduri kendara dan majlis meraikan hari jadi adalah bidaah dan haram.
6)Sambutan maulidurrasul adalah juga bidaah.
7)Bersalaman dengan mak mertua adalah haram.

e)Keluarga angkat saya bukannya tinggal berdua sahaja bersama anak angkatnya seperti yang dikatakn LMN.Semua itu adalah fitnah.Ibu angkat saya tinggal bersama suaminya dan anak2nya di dalam rumah tersebut.Dulu, ibubapa LMN pernah mengambil seorang anak angkat mualaf perempuan dan membenarkannya tinggal bersama adik2 lelakinya di rumah mereka.Dan,saya juga mempunyai seorang adik angkat lelaki yang tinggal bersama di rumah ibubapa sya tetapi LMN tidak pernah mempersoalkan perkara ini.Ini semua hanyalah usaha dan dendam LMN untuk mengenakan dan memalukan keluarga ustaz tersebut.
f)Nurinsyirah dijaga jauh lebih baik sejak LMN menceraikan sya.LMN sendiri yang tidak pernah memberi nafkah wang untuk anaknya.Pada LMN,keperluan insyirah hanyalah susu,biscuit baby,pampers dan kapas baby.Tetapi tidak pernah memikirkan kebajikan lain yang melibatkan wang seperti upah membayar orang yang menjga insyirah (ini adalah kerana sya perlu keluar berkerja untuk menampung nafkah diri dan anak), bayaran jarum imunisasi bulanan dan keperluan peribadi lain buat nurinsyirah seperti baju,kasut dan juga ubat-ubatan.Hakikat,LMN teramat sukar untuk meluangkan masa bersama anak,menidurkan anak apatah lagi untuk bangun malam dan menyusukan anak!
g)Pemergiaan saya ke Jakarta adalah untuk membeli stok barang2 perniagaan saya dan bukan untuk bersuka ria atau membeli belah seperti yang LMN katakan.
h)LMN tidak pernah dipukul oleh sesiapa.LMN telah mencederakan dirinya sendiri untuk dijadikan bukti di hospital dan balai polis.
i)Hak LMN dan keluarganya untuk melawat Nurisyirah tidak pernah dinafikan.LMN sendiri yang pentingkan diri sendiri serta tidak memberikan kerjasama.LMN melawat anak mengikut masa sendiri walaupun masa melawat telah dipersetujui bersama.

Sebenarnya selama ini,antara saya dan LMN tidak pernah wujud keserasian dan kefahaman sejak sebelum berkahwin sehinggalah kami berkahwin.Sikap LMN yang ego,pentingkan diri sendiri,hipokrit,pendusta,sering bergaduh dengan orang kemudian melepaskan kemarahannya dengan saya,cemburu yang tidak kena tempatnya dan tidak pernah mempertimbangkan apa pun perasaan saya sebagai isteri menyebabkan saya mengalami tekanan emosi..Saya tidak pernah meletakkan punca penceraian saya seluruhnya pada LMN tetapi juga pada ibubapa dan pada kelemahan diri saya sendiri sebagai anak dan isteri.Dan, saya percaya faktor LMN yang tidak tahan dengan tekanan demi tekanan terutamanya dari tempat kerja dan masalah keluarga sendiri turut menyumbang kepada penceraian kami.Ini kerana LMN mempunyai sejarah tekanan ketika belajar di US dulu sehingga perlu mengambil ubat bagi mengawal tekanannya.LMN juga telah dua kali berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Bukit Padang bagi mendapatkan khidmat kaunseling.

Kini,saya dalam proses membetulkan segala keterangan palsu dan fitnah yang telah dilakukan LMN di JHEAINS,JAKIM,balai polis dan juga pada saudara mara saya. Walaupun tekanan demi tekanan yang tidak putus dari pihak LMN sejak 7bulan lepas pada saya dan orang2 yang saya sayangi...saya akan usaha dan ikhtiarkan,Insya Allah..Semoga usaha saya mendapat pandangan Allah SWT.

Adalah tidak mudah untuk saya memaafkan dan melupakan semua perbuatan LMN terutamanya fitnah yang melampau pada saya dan orang2 yang saya sayangi....kerana ini membuktikan akan sifat selaku manusia saya yang terbatas sifat dan kasihnya. Allah Maha Mengetahui apa yang telah LMN lakukan dan juga apa yang telah saya lakukan...Untuk LMN, setiap apa yang telah dilakukan pasti akan dihitung Allah dan mendapat balasan kerana Allah tidak pernah salah dalam menilai hambaNya...

Akhir kalam,hanya dengan sifat ar Rahman dan ar Rahim Allah maka merasalah dan memilikilah kita rasa sayang yang sepatutnya diaplikasikan kepada yang hak, untuk yang hak dan demi menunaikan hak di alam ini...Kepada pembaca2 blog dan diri saya sendiri, Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan dan keampunan Allah SWT..amin.

- EX-Wife -
Kuala Lumpur

Leman said...

I really don't know what to say..
she might misses the point that this blog is for my baby. There's nothing to work on now between me and her. Let her be, and I'm fine here myself, insyaAllah.

I'll leave her comments here for take sake of fairness.. it's good that she wrote, at least she got some space to tell her story. for my brothers and friends who know me more than 1 1/2 years, Im sure they know better. If not, scold me, I'll listen.. hehe..

After all this time arguing and proving whose right and whose wrong, I have refrained myself from lying and accusing insyaAllah. I will not sell my religion just for this.

A person who is truthful, he doesn't really have to run and hide insyaAllah. Look who's running?

Zulkar9 said...

in >10 yrs knowing Lokman, there is a great degree of confidence that he never did all of those things that her ex-wife accuse.

he has been a great contributor to the sharing of ilm of the Deen when he was in the States, and he is one of a few friends close to my heart which is amicable to everyone he meets, especially his brothers in faith.

he loved his ex-wife very much but his wife has been acting if reactions accorded by a husband to his nushuuz wife is not something that has been prescribed in the Quran and Sunnah.

moreover, the noncompliance of wife to accede to husband's request in safeguarding the creed of the family (especially in not associating God with any partners through fortune telling with someone who claims that he is a grand sheikh) is a valid reason for the custody to fall to the husband's side.

indeed if her ex-wife's accusation is even 0.0001% true, then why she went M.I.A.?

Anonymous said...

My opinion - Saya tidak menyokong sesiapa - Kalau gaduh pun, janganlah memisahkan anak dengan ayah/ibu. Apa salah bayi tu? Tidak boleh kah bertoleransi? Bertimbangrasa? Kalau suami isteri gaduh, gaduhlah. Bunuhkah, pukulkah, itu hal korang tapi jgn pisahkan anak dgn ibu/ayah. Adakah terdapat dalam Al-Quran bahawa kita dibenarkan memisahkan anak daripada ayah/ibu dalam perbalahan di antara ex-suami dan ex-isteri?

Saya tidak tahu siapa yg salah. Tapi itu hal anda berdua dan baik jgn diceritakan di public. Demi kebajikan anak itu, adalah lebih baik bayi tersebut dipertemukan dgn ayahnya atau ibunya.

Kalau ada yg tersinggung dengan komen itu, saya tidak akan minta maaf sebab itu pendapat saya. Selamat Hari Raya.